Pages

Subscribe

Monday, May 4, 2009

Apakah itu perniagaan internet?

Internet merupakan salah satu medium untuk kita berkomunikasi ke seluruh dunia dengan cepat dan pantas walaupun kita hanya tinggal di rumah. Malah di zaman sekarang ni, ramai yang hanya tinggal di rumah tetapi berjaya menjana pendapatan yang sedikit lumayan sehingga 5 angka sebulan. Mereka ini adalah golongan yang bijak menggunakan peluang yang ada, bagi mereka, internet bukan sahaja tempat untuk kita bersosial dan mendapatkan info, malah tempat yang berpotensi untuk menjana pendapatan yang lumayan hanya dari rumah.
Mereka tidak perlu keluar rumah untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka, mereka menggunakan internet untuk memasarkan produk mereka. Prospek(bakal pelanggan) mereka juga luas kerana mereka bukan hanya boleh memasarkan produk mereka di dalam negara, malah mereka juga boleh memasarkan produk mereka ke seluruh dunia. Tambahan pula mereka boleh menerima bayaran dari seluruh dunia dengan hanya klik di internet. Antara sistem pembayaran yang popular dapat menjalankan trasnsasi yang selamat di internet ialah seperti PayPal, dan banyak lagi.